Netizen Teruja Jamal Jamaluddin Buat ‘Comeback’ Bersama Kool 101 – ‘Malam-Malam Kena On Radio Balik Ni’

Shopee Sale


Penyampai radio terkenal, Jamal Jamaluddin kini kembali mewarnai industri penyiaran radio apabila disahkan menyertai Kool 101 selepas hampir lima tahun ditamatkan kontrak bersama sebuah stesen radio swasta.

Perkara tersebut tentunya menambah keterujaan para peminat Jamal yang selama ini menantikan suara emasnya untuk ke udara menerusi corong-corong radio.

Netizen teruja

" data-video-id="7337346465263635714">
@sambahrin10 Excited when abam @jamal jay jamaluddin is back on air with @Kool 101 ?? #seruling #ceritamalamkita #kool101 #jamaljamaluddin #ganda23 #luahanhati ? original sound – sambahrin10

Terbaharu, seorang individu yang menggunakan nama @sambahrin10 tampil berkongsi keterujaannya terhadap berita tersebut menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

Dapat dilihat @sambharin10 memuat naik video momen terakhir Jamal sewaktu mengendalikan segmen di radio swasta tersebut.

Lelaki berkenaan turut memuat naik video terkini Jamal yang mengendalikan segmen ‘Cerita Malam Kita’ di Kool 101.

Apa yang menarik ialah, @sambahrin10 berjaya mengikut setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut penyampai radio yang terkenal dengan slogan ‘Ganda 23’ itu.

Difahamkan kata-kata tersebut merupakan ‘trademark’ yang sering dilakukan Jamal setiap kali mengendalikan segmennya satu ketika dahulu.

MENARIK:  [VIDEO] Saidah Kamarudin Kini Tunang Muntazar Ghufran, Perbezaan Umur Jadi Perhatian

Video tersebut tentunya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya begitu teruja dapat mendengar penyampai radio kesayangan mereka kembali bersiaran.

Sekadar info, Jamal ditamatkan kontrak bersama sebuah stesen radio swasta sekitar lima tahun yang lalu.

Kini, Jamal kembali ke dunia penyiaran radio bersama Kool 101 pada setiap Isnin hingga Jumaat menerusi segmen ‘Cerita Malam Kita’.

Komen netizen

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular