Nelysa Norazlan Kongsi Jantina Anak – ‘It’s A Boy!’

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan akhirnya mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya iaitu anak lelaki.

It’s a boy

Nelysa Norazlan

Menerusi perkongsian di TikTok, Nelysa meluahkan rasa syukur dan akui tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulungnya yang dijangka bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Tiada majlis pendedahan jantina dibuat. Alhamdulillah, anak dalam kandungan saya adalah bayi lelaki, it’s a boy! Jumpa awak tidak lama lagi anakku, insya-Allah.

Dalam hantaran sama, Nelysa turut berkongsi persiapan yang sudah dilakukan termasuk pakaian dan ruang bilik untuk anaknya.

Sementara itu, ruangan balas dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan pempengaruh dan peminat selain mendoakan agar urusan Nelysa dipermudahkan.

Sebelum ini, Nelysa yang ditemui pengamal media enggan mendedahkan jantina dan usia kandungannya kepada umum.

Katanya, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi dan meminta doa orang ramai agar bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

MENARIK:  [VIDEO] Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka ‘Safe Space’ Untuk Kongsi Cerita, Idam KJ Sebagai Tetamu Musim Kedua

Sekadar info, Nelysa menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai  Multazam Nasir pada November 2022.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular