Mak Seronok Pergi Bercuti 10 Hari, Bayi 16 Bulan Mati Kebuluran Di Rumah

Shopee Sale


Seorang wanita mengaku bersalah kerana meninggalkan anak perempuannya yang berusia 16 bulan sendirian di rumah selama 10 hari sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia selepas mengalami kebuluran dan dehidrasi.

Bayi mati kebuluran

Memetik laporan Daily Mail, Kristel Candelario, 32, meninggalkan bayinya di rumah untuk bercuti di Detroit dan Puerto Rico pada Jun 2023 bersama anak sulungnya.

Selepas 10 hari bercuti iaitu pada 16 Jun 2023, Kristel telah pulang ke rumah dan mendapati bayinya itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di di dalam playpen (laman permainan kanak-kanak) yang dipenuhi air kencing dan najis.

Dia yang panik kemudian membuat panggilan kecemasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak berusia 16 bulan itu adalah disebabkan kebuluran dan dehidrasi.

Sementara peguam yang mewakili Kristel mendakwa anak guamnya itu mengalami masalah mental dan kemurungan.

MENARIK:  Objektif Konsert Aina Abdul Imaji Tour Tercapai! Terbukti Peminat ‘Makan, Mandi & Tidur’ Dengan Album IMAJI

Suspek yang telah dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara seumur hidup menjelang perbicaraan pada 18 Mac 2024.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular