‘Mahkamah Arah Syamsul Atau Puteri Sarah Fail Dakwaan Lafaz Dua Kali Cerai’

Shopee Sale


Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana terus berpanjangan apabila masih tidak menemui titik noktah pengakhiran.

Lafaz cerai di luar mahkamah

" data-video-id="7237013721514511617">
@official Penerangan dari Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader tentang kes Sulh antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof # #fyp #news #SyamsulYusof #PuteriSarah ? original sound – OHBULAN!

Menurut Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata mahkamah berpuas hati dengan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menyifatkan prosedur itu berlangsung mengikut yang sepatutnya.

Kata Akberdin, mahkamah meminta untuk menyelesaikan isu dua kali lafaz cerai terlebih dahulu sebelum ke prosiding hakam kerabat.

Tujuan utama kita hari ini adalah mahkamah mendengar penjelasan dari pegawai JKP yang mengendalikan proses ini. Mahkamah berpuas hati dengan prosedur yang dijalankan oleh pegawai JKP dengan tertib.

Dan mahkamah maklumkan dapatan pengerusi JKP dan wakil dari kedua-dua belah pihak, bahawa perkahwinan ini memang tidak boleh diselamatkan. Antara yang dikongsikan adalah shiqaq, ada pihak ketiga dan tidak bertanggungjawab.

Sebelum kita teruskan dengan proses yang berikutnya, iaitu untuk merujuk pada hakam
kerabat, pihak Azmi (peguam Syamsul) membangkitkan lafaz talak yang sudah dilafazkan oleh anak guam saya.

Jadi mahkamah mendapati isu lafaz cerai di luar mahkamah perlu diselesaikan dulu, kerana mahkamah perlu tahu yang ini talak ke berapa memandangkan kami sudah memohon cerai. Dia kata ada dua lafaz dan satu taklik, taklik adalah ‘conditional divorce.

Kena failkan dulu

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu mahkamah memberikan satu tarikh lain untuk kedua-dua pihak berbincang mengenai siapa yang mahu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah.

Kita perlukan failkan untuk mahkamah mengesahkan perceraian itu disabit atau tidak.

Peguam Syamsul syorkan untuk kami failkan sebab peguam dia pun mahu berjumpa dan berbincang cara terbaik untuk selesaikan kes ini. Sama ada kami failkan atau pihaknya yang failkan, kami akan maklumkan.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan 14 Jun sebagai tarikh baharu untuk status pengesahan lafaz cerai.

MENARIK:  [VIDEO] Netizen Cair Tengok Kemesraan Sabri Yunus & Angeline Tan Jawab Soalan – ‘Dah Jom Pergi Planet Lain’

Terdahulu, dalam prosiding pagi tadi Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Syamsul untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak), namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.

Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular