‘Maaf Cakap, Segelintir Pelakon Baharu Sekarang Kurang Adab’ – Anne Abdullah

Shopee Sale


Mula berlakon sejak tahun 80-an, aktres Anne Abdullah berkongsi pengalaman pernah dimarahi oleh beberapa pengarah disebabkan lakonannya yang kaku.

Pernah kena marah

Anne Abdullah

Anne atau nama sebenar Noraini Abdullah, 51, berkata, perkara itu terjadi disebabkan dia tidak melakukan persediaan rapi sebelum datang ke lokasi penggambaran.

Saya ada pengalaman bekerjasama dengan beberapa pengarah yang tegas, kalau datang penggambaran dalam keadaan tak bersedia dan berlakon macam kayu, memang kena maki.

On the spot kena maki, dia kata saya ‘bo*oh sangat berlakon? Kayu lagi lembut daripada awak’.

Anne berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video temu bual di TikTok Nona.

Kongsi Anne lagi, sejak mula berkecimpung dalam industri, dia menyedari banyak perubahan yang telah berlaku termasuk dari sudut teknologi yang digunakan untuk penggambaran.

Saya hidup dalam empat generasi. Sejak tahun 80-an, 90-an, 2000 dan 2020 saya terlibat dalam industri.

Memang nampak sangat perbezaan, zaman dahulu produksi pikul kamera besar ke sana, ke sini. Kamera sekarang makin kecil. Peredaran masa dan teknologi juga berlaku.

BBNU kurang adab

Anne Abdullah

Dalam pada itu, Anne turut menegur sikap segelintir pendatang baharu yang didakwa tidak boleh ditegur apabila melakukan kesalahan.

Dulu bakat sangat penting, kalau nak berlakon perlu ada sijil lakonan. Bukan macam sekarang, sesiapa pun boleh jadi pelakon.

Untuk menjadi seorang pelakon yang bagus kena berani menerima teguran, tidak boleh ada rasa ego. Pengarah mahu betulkan kita supaya lakonan menjadi.

Tapi pelakon sekarang saya lihat, tak boleh kena tegur sikit. Katanya cara dia tersendiri. Kalau senior tegur terimalah, sebab senior lebih berpengalaman.

Maaf cakap, pelakon baharu sekarang kurang adab, kalau pengarah ‘cut’, mereka terus main telefon.

MENARIK:  ‘Kehidupan Saya Sudah Lengkap Apabila Diberi Rezeki Jadi Ibu Kepada Kay Ayden’ – Tash Yong

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular