Leona Buat Hal Lagi, Pakai Bikini Putih Masa Mandi Sungai

Shopee Sale


Nama anak kepada aktor Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali hangat diperkatakan di media sosial dek kerana penampilan seksi yang digayakan.

Tayang bikini

Terbaru, menerusi Instagram Stories, Leona memuat naik beberapa gambar dan video yang memaparkan percutiannya bersama rakan-rakan ke Warleigh Weir, United Kingdom.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah pemakaian yang digayakan personaliti media sosial atau ‘influencer’ itu.

Leona, 21, dilihat mengenakan bikini putih yang menampakkan lurah payudara dan bahagian punggung ketika mandi manda di sungai tersebut.

Anak bongsu daripada 3 beradik juga kelihatan gembira ‘bersantai’ di samping memuat naik kapsyen ‘suns out bums out.’

Doa yang baik

Sementara itu, entri terbabit telah menuai pelbagai reaksi daripada warganet selepas dimuat naik di TikTok @mayacakehouse.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut melihat ‘confident level’ Leona memakai pakaian yang jelas melanggar etika dan garis panduan dalam pemakaian cara Islam.

Selain itu, ada yang bersimpati dengan Azhar yang turut terpalit dengan kontroversi yang dilakukan anak perempuannya.

MENARIK:  Anak Minta ‘Selamatkan’ Ruhainies, Azhar Sulaiman Kata Lelaki Boleh Poligami – ‘Ini Masalah Hati, Bukan Jenayah’

Dalam pada itu, mereka tidak lupa mendoakan agar pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda ini akan mendapat hidayah suatu hari nanti.

Terdahulu, aktor berumur 51 tahun mengakui dia sudah ‘jenuh’ menasihati Leona dalam bab pemakaian namun tidak dihiraukan.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular