Khai Bahar Dedah Peminat Sentiasa Beri Semangat, Selalu Ada Waktu Susah Senang – ‘Mereka Selalu Jaga & Faham Saya’

Shopee Sale


Penyanyi, Khai Bahar mendedahkan dirinya berasa sangat beruntung kerana mempunyai kelab peminat yang sentiasa menjaga dan memahami dikala dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Peminat jadi tulang belakang

Ketika ditemui , Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, kejayaannya pada hari ini juga dikecapi atas kehadiran serta sokongan yang diberikan para peminatnya.

Orang tanya apa petua jaga peminat, saya tak ada petua. Ini kerana, merekalah yang menjaga saya dan paling memahami saya.

Biasalah kita kadang-kadang sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Susah atau rasa gembira, kami kongsi bersama.

Saya sangat hormati semua peminat yang sentiasa menyokong dan sangat menyayangi mereka.

Ketika ditanya mengenai peminat yang berkelakuan fanatik, pelantun lagu ‘Bayang’ itu mendedahkan ketika ini dia belum pernah berdepan dengan situasi yang mengganggu kehidupannya.

Setakat ini tak ada yang berkelakuan fanatik. Mereka masih berkelakuan baik dan menjaga batas.

Peminat pun ramai dalam kategori ibu-ibu dan yang muda-muda pun ramai dah kahwin. Ramai yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang dan itu membuatkan saya rasa terharu.

Khai berkongsi perkara tersebut sejuru selepas penyampaian anugerah pada malam Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA23) yang diadakan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

MENARIK:  Wany Hasrita Anggap Individu Kutuk Wajah Anak Selebriti Tidak Sihat Daripada Segi Mental

Khai yang berjaya memenangi anugerah Muzik Video Tergempak 2023 menerusi lagu nyanyian ‘Selagi Ku Ada’ bersama Nabila Razali turut meluahkan rasa syukur kerana hasil karyanya masih diterima di dalam industri.

Menurut Khai, kemenangan itu pastinya menyuntik lagi semangat buatnya terus menghasilkan karya yang lebih bermutu.

Saya yakin kemenangan ini bukan kerana popular atau kerana diri dikenali tetapi kerana bakat yang saya ada dalam bidang nyanyian ini.

Saya janji lepas ini akan terus hasilkan katya yang terbaik demi menghargai peminat-peminat saya yang sekian lama telah menyokong.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular