‘Keikhlasan Saya Dalam Bidang Ini Adalah Kecenderungan Daripada Ayah Saya’ – Zhiddin Aziz

Shopee Sale


Pempengaruh, Zhiddin Aziz berkongsi bahawa didikan dan kecenderungan daripada ayahnya, Allahyarham Aziz Desa membuatkan dirinya begitu ikhlas dalam mempelajari bahasa Melayu.

Ikhlas sebab arwah ayah

Menerusi video yang dikongsikan @bckupacc99 di Aplikasi X, Zhiddin memaklumkan ibu dan ayahnya begitu memartabatkan bahasa sehinggakan mengamalkannya setiap kali berkomunikasi di rumah.

Tambah Zhiddin, sajak bertajuk ‘Anak Jiran Tionghua’ juga sudah melekat difikiran seawal usianya lapan tahun.

Keikhlasan saya dalam bidang ini (bahasa) kerana kecenderungan daripada ayah saya.

Apabila bercakap soal mahu memartabatkan bahasa, ibu dan ayah saya benar-benar mengamalkan dalam sanggah (rumah).

Waktu saya darjah dua dan tiga, bukan saja hafal tapi sudah melekatnya sajak ‘Anak Jiran Tionghua’ karya Allahyarham Usman Awang.

Menerusi hantaran itu juga, kelihatan Zhiddin sempat mendeklamasikan sajak tersebut dengan penuh semangat dan hiba sehingga berjaya meraih perhatian penonton yang hadir.

MENARIK:  Tawaran Super Seringgit, Free Shipping & Diskaun Sehingga 70% Di Shopee Sempena Ramadan Ini!

Aplikasi X

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular