Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Kekasih Ibu Sula Guna Alat Pemotong Dawai

Shopee Sale


Gambar sekadar hiasan

Tragis dan kejam! Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki apabila tergamak memukul serta menyeksa anak kepada kekasihnya yang baru sahaja berusia empat tahun sehingga maut.

Dipukul & disula

Memetik laporan portal Oke Zone, kejadian yang berlaku di Indonesia itu terbongkar selepas bapa kandung kepada mangsa membuat laporan polis kerana berasa sedikit sangsi tentang laporan kematian anaknya itu.

Susulan laporan itu dibuat, kubur mangsa digali semula bagi melakukan proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat yang dibuat mendapati terdapat kesan kecederaan parah pada badan mangsa dipercayai akibat dipukul dengan kejam oleh suspek yang berusia 22 tahun itu.

Lebih menyedihkan ialah suspek juga menggunakan alat pemotong dawai untuk menyeksa anak kecil itu dengan cara memasukkan alat tersebut ke dalam lubang dubur mangsa.

MENARIK:  ‘Saya Terima Apa-Apa Keputusan Yang Ibu Bapa Saya Buat Untuk Gembira’ – Mia Sara Shauki

Suspek kini telah pun ditahan reman bagi membantu siasatan.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular