‘Kami Berdua Profesional Sebab Ada Anak Bersama’

Shopee Sale


Bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memberitahu mereka sudah lama ‘move on’ dan selesa dengan kehidupan masing-masing selepas bercerai.

Belum bersedia jalin hubungan cinta

Memetik laporan Harian Metro, Nabila berkata sedemikian selepas dihujani pertanyaan netizen yang meminta dia dan Sharnaaz kembali bersama.

Ia susulan kenyataan Sharnaaz yang enggan memberikan sebarang komen berhubung hubungannya dengan pelakon Amelia Christie sudah berakhir selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Ujar Nabila, dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama. Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang.

Tambah Nabila lagi, dia belum menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas melalui episod kegagalan sebelum ini.

Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya.

MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Menangis Alami Keguguran – ‘Saya Memang Nak Anak Lelaki’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular