‘Kalau Betul Dia Sambung Bayar Bersewa, Saya Buat Mohon Maaf’- Ejen Hartanah Minta Isa Isarb Tunjuk Bukti Dokumen Jual Beli Rumah 9.7 Juta

Shopee Sale


Selepas pempengaruh media sosial, Isa Isarb menyelar dakwaan yang mengatakan dia tidak membeli rumah mewah berharga RM9.7 juta, ejen hartanah tidak mendiamkan diri sebaliknya membalas kenyataan panjang lebar di Facebook (FB).

Mana konten survey rumah?

isa isarb

Menurut ejen hartanah itu, dia sudah arif dengan bidang hartanah memandangkan sudah berkecimpung sejak tahun 2015.

Pasal hartanah ini jangan kencing (tipu). Itu saja mahu cakap. Abam (merujuk diri) ada tips sebenarnya nak tahu sama ada pempengaruh itu betul-betul beli rumah atau sekadar menyewa.

Pertama sekali sebelum membeli, mereka akan buat konten pasal survey rumah. Ini mesti, dia akan wajib buat. Tak perlu susah-susah fikir nak buat konten apa.

Sebabnya nak beli rumah juta-juta, tambah lagi nak beli property RM10 juta.

Mesti dia akan survey rumah sekurangnya 10 hingga 20 buah rumah. Banyak property juta-juta kat Malaysia ini yang sesuai buat konten.

Beli kereta tak sampai sejuta ada pula buat konten pergi kedai kereta, pergi signing dapat kunci ikat reben. Padahal kereta tak semahal rumah melainkan rumah itu rumah sewa.

Tiba-tiba konten sudah dalam rumah. Tiada konten proses pembelian rumah, tak akan nak buat konten cari rumah sewa pula nanti kena kutuk dengan follower.

Kata ejen hartanah, sekiranya benar pempengaruh itu membeli kediaman mewah itu sudah semestinya sudah dihebahkan oleh ejen atau peguam di media sosial.

Di samping itu, dia mendakwa sudah membuat carian hak milik di pejabat tanah namun bukan Youtuber itu pemilik sebenar.

Satu lagi saya ada buat carian hak milik di pejabat tanah memang bukan dia pemilik sebenar.

Kalau betul dia sudah beli mesti ada record Ccris bank negara yang dia ada apply pinjaman atau pinjaman belum selesai walaupun beli sewa sambung bayar.

Tunjuk bukti ‘black & white’

ejen hartanah

Enggan memanjangkan lagi isu, ejen hartanah menuntut daripada Isa untuk menunjukkan bukti jual beli yang sudah dibuat.

MENARIK:  [VIDEO] Kakak Tampil ‘Back Up’ Emma & Chacha Maembong – ‘Kau Tak Ada Buat Salah Apa-Apa’

Dan sekiranya sudah terbukti Isa membeli rumah subsale, ejen hartanah itu akan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Saya nak dokumen berkenaan jual beli yang sudah dicop oleh hasil. Sale and purchase aggrement.

Kalau sewa dulu baru beli atau sambung bayar atau apa-apalah mesti ada dokumen hitam putih. Nanti peguam saya akan verified.

Saya dah minta beberapa dokumen dari pihak sana kalau betul dia sambung bayar bersewa, saya buat mohon maaf secara terbuka.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular