Jovian Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri

Shopee Sale


Umum mengetahui, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, Ahad lalu.

Maaf tak dapat hadir

Terbaru, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Jovian Mandagie mengucapkan tahniah buat bekas isterinya kerana sudah kembali bergelar isteri. Menerusi posting di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan Nina dan Hafiz.

Tambah Jovian, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nina dan Hafiz.

Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Sementara itu, di posting yang berlainan, Jovian berkata, perpisahan bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih indah. Ujar Jovian, dia dan Nina masih berhubung baik dan saling menghormati antara satu sama lain demi masa depan anak mereka.

MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Nasihat Para Suami Jangan Kahwin Dua – ‘Apa Yang Rosak, Kita Perbaiki Saja Lah’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular