Impian Alina Hassan Nak Tunai Umrah Iktikaf Ramadan Selama 50 Hari Termakbul

Shopee Sale


Penyanyi Alina Hassan meluahkan rasa syukur kerana dapat menyertai program Umrah Iktikaf Ramadan selama 50 hari dengan kos RM13,990.

Air mata mengalir laju

Menerusi laporan , Alina berkata dia sudah berada di Madinah dan perasaannya amat terharu kerana sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke sana.

Saya rasa sangat bersyukur dapat datang lagi ke Tanah Suci. Tadi, bila sampai ke Madinah dan tengok Masjid Nabawi, air mata saya mengalir laju. Ya Allah, Alhamdulilla saya dijemput lagi untuk datang ke sini.

Untuk ke sini, saya keluarkan kos pembayaran kira-kira RM8,000 daripada kewangan sendiri, manakala selebihnya (bayaran) itu ada beberapa ‘hamba Allah’ yang sudi menaja. Saya bersama rombongan seramai 66 jemaah dan dua mutawif serta lima petugas.

Ramai betul orang di Madinah. Masing-masing mahu beribadat sempena Ramadan nanti. Saya hanya akan balik ke Malaysia pada hari raya kelapan.

Terdahulu, Alina memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menginfaq kos perbelanjaannya sepanjang berada di Makkah dan Madinah bagi mengerjakan umrah sepanjang Ramadan.

MENARIK:  Adik Fattah Amin Kongsi Kata-Kata Nasihat Tentang Sikap Ghibah Di IG Story – ‘Jangan Bangga Pandai Kecam Orang, Nabi Tak Suka’

Dia juga tidak memaksa sesiapa pun untuk menaja, namun sekiranya ada mana-mana individu atau pihak sudi membantu menunaikan hasratnya itu, dia sangat mengalu-alukannya.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular