Hidayah Hamzah Tolak RM75,000 Duit Dari Ali Puteh Atas Faktor Keselamatan

Shopee Sale


Semalam, pelakon dan pelawak Ali Puteh dilaporkan telah hadir ke rumah kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah Hamzah untuk membayar tuntutan saman bernilai RM75,000.

Faktor keselamatan

Namun begitu, usaha Ali untuk berbuat demikian tidak berjaya kerana Hidayah dikhabarkan tidak mahu menerima wang tersebut.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, peguam yang mewakili Hidayah iaitu Ibrahim tampil menjelaskan tindakan anak guamanya menolak wang tersebut atas faktor keselamatan.

Hidayah telah memaklumkan kepada saya Ali telah datang ke rumahnya dengan membawa sejumlah wang berjumlah RM75,000. Kemudian Hidayah telah menghubungi saya sama ada dia boleh mengambil atau tidak wang tersebut.

Daripada segi undang-undang memang tiada masalah untuk Ali membayar wang berjumlah RM75,000 tersebut secara tunai.

Tetapi saya mengambil kira pada waktu itu jika sejumlah wang besar dibawa masuk ke dalam rumah dan ditambah pula dilakuakn secara siaran langsung, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya.

Justeru, Ibrahim memaklumkan kepada Ali untuk membuat pembayaran menerusi pindahan wang ke dalam akaun Hidayah.

Atas faktor keselamatan, saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut dibawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Semua atas faktor keselamatan. Hidayah tiada niat lain untuk menolak wang tersebut.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

Ali dan ahli keluarganya dilihat turut sebak ketika beramah mesra dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.

MENARIK:  [FOTO] Kereta Hancur Dihempap Pokok, Pemuda Kongsi Amalan Yang Dilakukan – ‘Saya Amalkan Selawat 1k Sehari’

Sekadar info, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular