Hidayah Ajak Netizen ‘Support’ Filem Terakhir Arwah Abam

Shopee Sale


Balu kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah mengajak semua orang untuk berkunjung ke pawagam yang berdekatan bagi menonton filem terakhir arwah suaminya yang berjudul ‘Tan Ti Ana’

Jom beri sokongan

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Hidayah memberitahu dia telah menghadiri tayangan perdana filem tersebut. Ujar Hidayah, dia berharap peminat arwah dapat membeli tiket dan menonton filem tersebut di pawagam mulai esok sebagai tanda sokongan.

Dayah nak minta korang semua support filem terakhir arwah suami Dayah iaitu Syed Umar Mokhtar. Jangan lupa saksikan TAN’TI’ANA di pawagam pada 29/02/2024 ini.

Peminat arwah Abam Bocik boleh support di pawagam berdekatan anda. Al-Fatihah suami ku Syed Umar Mokhtar.

Menurut Hidayah, jalan cerita filem itu sangat ‘best’ dan dia berterima kasih kepada penerbit Datuk M .Razlan ?smail atas jemputan dan sumbangan yang diberikan.

MENARIK:  ‘Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja, Akan Sambung Belajar Tak Lama Lagi’ – Rozie Othman

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular