Hasrat Nyanyian Amir Jahari Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL38

Shopee Sale


Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL 38) telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan 12 finalis berentap di pentas konsert akhir bagi merebut gelaran juara lagu kali ke-38.

Berikut kongsikan senarai penuh pemenang AJL 38.

Juara AJL 38

Lagu Hasrat ciptaan Amir Jahari muncul sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL 38) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Amir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.

Lebih menyentuh hati apabila melihat Amir yang terkejut dengan kemenangan di AJL38 sempat mengalirkan air mata sebelum sujud syukur di atas pentas.

Naib Juara & Tempat Ketiga

Naib juara dimenangi oleh penyanyi Aisha Retno dengan lagu Sutera yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Manakala tempat ketiga disandang lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.

Persembahan Terbaik

Kreatif dan menarik! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan persembahan hebat daripada pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL38 iaitu Aisha Retno menerusi lagu Sutera. Penyanyi lagu ciptaan bersama MFMF telah membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Vokal Terbaik

Persembahan luar biasa Jangan Mati Rasa Itu dendangan dari suara lunak Aina Abdul sememangnya layak dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 38.

MENARIK:  Peguam Tegur Alif Teega & Aisyah Hijanah Beria Kongsi Momen Ditahan SPRM – ‘Nanti Akan Buatkan Orang Fikir OYDS Dapat Layanan Baik’

Kehebatan vokal dan kemerduan suara Aina Abdul sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam ini mendapat pujian ramai. Aina Abdul membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Penyanyi Pilihan Terbaik

Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular AJL38 dinobatkan kepada Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Jangan Mati Rasa Itu. Aina yang juga merupakan komposer dan penulis lirik telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, anugerah berprestij AJL pada malam ini melabuhkan tirai dengan sangat meriah. Kami di mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan finalis AJL38 tahun ini!

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular