Hafreez Adam & Zara Zya Berjumpa Buat Pertama Kali Selepas 5 Tahun Putus Tunang – ‘Tak Rasa Kekok’

Shopee Sale


Pelakon, Hafreez Adam akhirnya bertemu dengan bekas tunangnya iaitu aktres Zara Zya buat kali pertama selepas mereka memutuskan ikatan pertunangan pada November 2019.

‘kami pisah cara baik’

Zara Zya Hafreez Adam

Ketika ditemui Hafreez berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertegur dengan Zara dan menjelaskan mereka berpisah dengan cara baik.

Kami masih bertegur, kami okay saja, tak ada masalah apa-apa. Macam saya pernah cakap sebelum ini, kami berpisah pun cara baik. Sebenarnya ini kali pertama saya jumpa dia selepas sekian lama.

Tapi kita tahu benda ini akan terjadi. Kami tak ada masalah untuk bertegur sapa. Malah nak bekerjasama pun tak ada masalah. Ikutkan ada saja bertegur, cuma berjumpa, ini kali pertama.

Tak ada rasa kekok, walaupun selepas kejadian itu (putus pertunangan), kami bawa haluan masing-masing, tapi memang perpisahan secara baik. Kita memang tutup buku itu. Kita ada minta maaf dan doakan yang terbaik untuk satu sama lain

Hafreez dan Zara bertemu ketika mereka hadir pada majlis sidang media tayangan Program Ramadan Astro yang berlangsung di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, pada Khamis.

Sementara itu, Zara berkata tiada sebab untuk dia bermusuhan dengan bekas tunangnya memandangkan mereka bekerja dalam satu industri.

Alhamdulillah, okay saja. Mungkin sebelum ini tak bertemu sebab masing-masing tak ada di tempat kejadian. Hari ini bertemu, sebab dua-dua ada. Kami pun profesional, boleh saja bertegur. Past is past.

Masing-masing pun ada hala tuju sendiri. Bagi saya sendiri tak ada masalah sebab kita dalam satu industri. Saya pun buat apa nak ada masalah dengan dia.

Untuk rekod, Hafreez mengikat tali pertunangan dengan Zara pada 12 Oktober 2019 namun ikatan itu hanya bertahan selama satu bulan sahaja.

MENARIK:  Watie Hanifiah Teruja Sambut Lebaran Kali Pertama Sebagai Isteri & Ibu – ‘Paling Saya Excited Adalah Salam Di Pagi Raya’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular