‘Gunung Begitu Dalam & Tinggi, Seperti Hati’ – Puteri Sarah ‘Tinggal’ Komen, Emoji ‘Love’ Di Instagram Andi Arsyil

Shopee Sale


Tindakan pelakon Puteri Sarah meninggalkan komen pada sebuah hantaran di Instagram milik aktor Indonesia, Andi Arsyil telah menyorot perhatian netizen.

Emoji hati

Puteri Sarah

Andi menerusi perkongsian tersebut memuat naik sekeping gambar dengan berlatar belakang sebuah gunung beserta kapsyen mengenai hati.

Gunung itu begitu dalam dan tinggi, seperti hati ini.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh Sarah yang bermadah puisi mengatakan tiada yang mustahil untuk dikecapi dalam hidup.

Tiada gunung terlalu tinggi buat kamu daki, tiada jurang terlalu dalam buat kamu turuni. Nikmatilah hidupmu.

Lebih mencuri tumpuan apabila aktres berusia 38 tahun itu turut meletakkan emoji berbentuk hati berwarna putih pada komen tersebut.

Terdahulu, hubungan Sarah dan Andi menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila mereka kelihatan sentiasa bersama sehingga timbul khabar angin mengatakan dua pelakon itu sedang bercinta.

MENARIK:  Nama Dipetik Sarah Yasmine, Meerqeen Pilih Sibuk Dengan Lakonan – ‘Saya Tiada Apa Nak Komen’

Namun, sehingga kini, tiada pengesahan dari kedua-dua pihak mengenai dakwaan tersebut.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular