Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo iaitu Kim Raymond mencuri perhatian ramai apabila fotonya sudah memeluk agama Islam pada Oktober lalu, viral di media sosial.
Peluk Islam
Menerusi sebuah posting di New Muslim Community, Kim dipercayai memeluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu. Kim diislamkan oleh pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee yang juga Presiden Al-Khadeem.
Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu. Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah.
Menerusi hantaran tersebut, Kim dilihat sangat manis apabila memakai busana dan tudung serba hitam.
Pada hantaran itu juga, komuniti tersebut memohon doa orang ramai agar urusan saudara baru dipermudahkan terutama dalam mendalami Islam.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang soleh serta beramal, Amin. Terima kasih kepada penaja Kit Muslim Baru kami yang indah oleh @zaahara.group untuk membantu saudara baru kami memulakan perjalanan mereka.
Sekadar info, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015 namun, mereka bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond.