Farid Dedah Urusan Jumpa Anak Sangat Mudah – ‘Saya Harap Mungkin Boleh Disulami Dengan Ibu Mereka Sekali’

Shopee Sale


Pelakon, Farid Kamil mendedahkan meskipun proses hadanah berhubung kes jagaan sementara kedua anaknya, Muhammad dan Aurora masih belum selesai namun, segala urusan untuk berjumpa mereka sangat mudah.

Bersyukur dapat kerjasama yang baik

Menurut Farid, dia berasa sangat bersyukur dengan kerjasama diberikan isterinya, Diana Danielle yang sangat bertolak ansur dan profesional apabila membabitkan hal anak-anak.

Hari ini telah selesai urusan dan dah dapat tarikh baru untuk proses hak penjagaan interim. Alhamdulillah, buat masa sekarang ni perjumpaan saya dengan anak-anak begitu mudah sekali.

Kalau macam saya nak tambah hari (bersama anak-anak) dibenarkan. Jadi saya bersyukur dengan situasi itu.

Harap boleh berjumpa Diana

Dalam pada itu, Farid turut berharap agar perjumpaannya dengan anak-anak mampu memberikan ruang untuknya berjumpa dengan isteri tercintanya, Diana.

Saya juga berharap mungkin perjumpaan saya dengan anak-anak satu hari nanti mungkin boleh disulami dengan ibu mereka sekali.

Farid mendedahkan perkara tersebut ketika ditemui ketika prosiding pendengaran inter-parte bagi kes hadanah berhubung hak jagaan sementara kedua anaknya.

Terdahulu, pada 25 Mei yang lalu, prosiding sulh antara pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil yang membabitkan hak jagaan anak-anak mereka masih belum selesai dan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

MENARIK:  Prasarana Selaraskan Harga Pas MyCity Bagi Perjalanan Tanpa Had Menggunakan Pengangkutan Awam!

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular