Ezzanie Jasny Belum Bersedia Nak Cari Pasangan Hidup, Mahu Fokus Diri & Kerjaya

Shopee Sale


Pelakon melonjak naik iaitu Ezzanie Jasny mengakui masih belum bersedia untuk bercinta atau mencari pasangan hidup.

‘Tak nak ada sesiapa’

Ketika ditemui , Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade binti Jasny berkata dia lebih memilih untuk memberi sepenuh fokus terhadap diri dan kerjayanya terlebih dahulu.

Tak ada pun yang mendekati dan mahu berkenalan secara serius. Buat masa sekarang, lagi baik saya fokus kepada diri sendiri dulu. Sebab saya pun baru je masuk dalam industri, jadi saya rasa ini adalah masa untuk saya explore banyak benda sendiri.

Tak nak ada sesiapa. Sebab kadang-kadang manusia suka mengawal, kena jaga hati lagi.

Tambah aktres berusia 25 tahun itu lagi, selain berlakon dan menjadi seorang model, dia juga sibuk menguruskan perniagaannya.

Sementara itu, Ezzanie mengakui bahawa dia sama sekali tidak akan lupa diri kerana baginya untuk berada dalam industri seni bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, dia akan melakukan sehabis baik supaya namanya kekal relevan dalam industri.

Insya-Allah, saya takkan lupa diri. Saya cari duit sendiri, pergi mana-mana pun sendiri. Jadi benda tu buatkan saya takkan lupa di mana saya berdiri.

Kita dari seorang yang tiada apa-apa kepada someone yang berjaya sekarang, saya buat semua tu sebab saya pernah berada di situ. Kita tahu susah payahnya untuk berada sampai ke tahap ni.

Sekadar info, Ezzanie kini menjadi salah seorang duta bagi Koleksi Rantaian Kasih 2024 Habib Jewels bersama Sharifah Rose, Amyra Rosli, Amar Baharin serta anak-anaknya, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa

MENARIK:  Aurelie Hermansyah Terima Hadiah ‘Birthday’ Beg Tangan, Kek & Jambangan Bunga Gergasi! Semua Dibuat Dari Duit

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular