Seperti yang kita tahu, pelawak Ali Puteh baru berpeluang bertemu dengan anak kepada arwah abangnya, Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah selepas empat tahun tidak bersua muka.
Terbaharu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tampil memuat naik satu video yang begitu meruntun hati wargamaya di TikTok.
Dulu peluk abang, kini peluk anak abang
Menerusi TikTok, Ali dilihat memuat naik video lamanya bersama arwah Abam yang berpelukan selepas menjuarai sebuah program realiti lawak terbitan stesen televisyen swasta kira-kira empat tahun yang lalu.
Menurut Ali momen tersebut merupakan pelukan kali terakhir bersama arwah abangnya sebelum meninggal dunia.
Selepas empat tahun berdepan dengan konflik bersama balu kepada arwah Abam, Ali kemudiannya berkongsi video dirinya memeluk erat anak saudaranya dalam keadaan yang penuh sebak.
2019 yang lalu, inilah kali terakhir kita berpelukan dan hari ini (2024), kali pertama aku memeluk anakmu abang.
Serasa seperti memelukmu abang. Sesungguhnya aku rindu, teramat rindu akan mu.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya sebak melihat momen yang dikongsikan Ali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan melibatkan keluarga Ali dan Hidayah dipermudah.
Komen netizen