Dua Individu Ditemui Mati Dalam Kereta Berkunci Di Stesen Minyak

Shopee Sale


Foto: Kosmo

Dua individi iaitu masing-masing lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia di dalam kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak di Jalan Segamat-Kuantan berhampiran Muadzam Shah, Rompin pada Selasa.

Mati dalam kereta

Foto: Sinar Harian

Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya di sana, mereka mendapati kedua-dua mangsa berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria dengan keadaaan tidak sedarkan diri.

Anggota bomba mendapati pintu kereta terbabit terkunci dan enjin kereta sudah tidak dihidupkan. Susulan itu, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat membuka pintu kereta terbabit.

Kedua-dua mangsa iaitu lelaki berada di tempat duduk pemandu dan wanita di tempat duduk penumpang hadapan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat kedua-dua mangsa diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

MENARIK:  [VIDEO] Ruhainies Dah Tak ‘Contact’ Aliff Aziz – ‘Tiada Keperluan Untuk Saya Hubungi Dia Lagi’

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular