Ditinggalkan Pengasuh, Budak 8 Tahun Ditemui Mati Lemas Dalam Kolam Renang

Shopee Sale


Foto: Detik News

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang selepas ditinggalkan sebentar oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Cilegon, Indonesia.

Maut dalam kolam renang

Foto: Detik News

Memetik laporan News Detik, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja selepas pengasuh yang dikenali sebagai Daisa meninggalkan anak asuhannya, Sheza sebentar untuk pergi mandi. Namun siapa sangka, tiada lama kemudian dia melihat kanak-kanak itu sudah tiada di dalam kawasan rumah.

Meskipun sudah mencari di merata-rata tempat, namun dia tidak menemui kelibat anak asuhannya sehinggalah dia mendapat berita daripada penduduk setempat tentang penemuan seorang kanak-kanak lemas di dalam kolam renang. Setibanya di lokasi kejadian, dia melihat Sheza sudah terbaring tidak bernyawa.

Difahamkan, Daisa mendakwa sebelum itu dia telah memeriksa kolam renang tersebut namun tiada melihat kelibat sesiapa berenang di situ. Tambahan pula, pintu pagar kolam renang berkenaan juga berada dalam keadaan tertutup.

MENARIK:  ‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’

Susulan daripada apa yang berlaku, kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular