Cinta Pandang Pertama! Baru Sebulan Bertemu, Lee Jae Wook & Karina Aespa Sedang Hangat Bercinta?

Shopee Sale


Pelakon kacak dari Korea Selatan iaitu Lee Jae Wook dan ahli kumpulan Aespa, Kirana dilaporkan sedang hangat dilamun cinta.

Lee Jae Wook, Karina Aespa

Memetik laporan Koreaboo, berita tersebut dilaporkan secara ekslusif oleh Dispatch. Kedua-dua selebriti itu didakwa mula menjalinkan hubungan selepas mereka bersama-sama menghadiri satu pertunjukan fesyen jenama terkenal pada 14 Januari lalu.

Meskipun mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi pasangan itu sempat meluangkan masa bersama di Seoul, Korea dan Milan, Itali.

Difahamkan, walaupun Karina tinggal di bilik asrama Aespa yang disediakan SM Entertainment, tetapi mereka berdua  sempat berjumpa setiap kali mempunyai masa terluang. Malah, ada sumber mengatakan seringkali terlihat kereta Karina berada di kawasan perumahan Lee Jae Wook.

Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi SM Entertainment dan C-JeS Studios tetapi pihak pengurusan masih memeriksa mengenai kesahihan berita tersebut.

MENARIK:  Syafiq Kyle Tunai Umrah, Ibu Sebak Hantar Di Lapangan Terbang

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular