CIMB Lancar Kempen Buka Akaun Digital – “Tak Perlu Lagi Beratur Di Bank”

Shopee Sale


Terasa malas nak ambil nombor giliran? Tak perlu lagi beratur di cawangan bank kerana CIMB Bank Berhad telah mengambil langkah kehadapan ke arah platform perbankan digital dengan menyediakan kemudahan pembukaan akaun dan transaksi dalam talian.

Pelanggan baharu CIMB kini boleh membuka pelbagai Akaun Simpanan/Akaun Simpanan-i secara atas talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pembukaan akaun ini memang 100% di dalam talian, dari proses mengisi e-borang sampailah penghantaran kad debit ke rumah anda.

Kemudahan macam ni betul-betul ringankan hidup, sebab korang tak perlu dah beratur lama depan bank tunggu nombor kena panggil. Lancar, pantas dan selamat!

Pelanggan boleh pilih akaun simpanan berbeza untuk dibuka dalam talian. 

Inilah akaun-akaun yang korang boleh pilih dan buka sepenuhnya dalam talian sahaja tanpa perlu ke kaunter cawangan bank.

Cara ini lebih mudah sebab korang boleh baca dulu kelebihan dan manfaat  setiap akaun simpanan di atas, lepas tu baru pilih akaun yang paling sesuai untuk gaya hidup korang!

Pulangan tunai untuk pelanggan yang mendaftar! Ini apa yang korang patut buat.

 

Bermula 10 Oktober 2023 sehingga 30 April 2024, CIMB akan menjalankan kempen pulangan tunai bernilai RM476,000 kepada 35,000 pemenang. 

Senang je nak jadi salah seorang pemenang kempen ni. Korang boleh dapat pulangan tunai RM100, RM20 atau RM10 kalau korang merupakan salah satu daripada 5,000 pembuka akaun pertama setiap bulan.

Cara-cara buka akaun baru CIMB dalam talian:

Langkah 1: Isikan butiran korang dan pilih “Delivered to you” untuk kaedah pungutan kad debit.

Langkah 2: Imbas MyKad korang dan rakam video swafoto.

MENARIK:  Naufal Azrin Bagi 2 Minggu Untuk Bekas Syarikat Pengurusan Lunas Hutang Tertunggak – ‘Jangan Bagi Alasan Keluarga Susah, Sakit’

Langkah 3: Isikan e-borang pembukaan akaun.

Langkah 4: Mulakan pemindahan deposit melalui FPX daripada akaun bank korang yang lain.

Manfaatkan tawaran dan promosi eklusif dengan kad debit CIMB dan CIMB OCTO App!

Dengan Kad Debit CIMB di tangan, korang bakal merasai pelbagai promosi menarik sepanjang tahun. 

Ada diskaun eksklusif untuk pelancongan, makanan enak, beli-belah online, aktiviti e-dagang, perkhidmatan kecantikan, dan banyak lagi yang menarik! Jadi, tak rugi buka akaun dan dapatkan kad ini untuk nikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan!

Kalau nak perbankan lagi senang, boleh juga download CIMB OCTO App untuk buat macam-macam urusan perbankan dengan cepat dan selamat. 

*Tertakluk Kepada Terma dan Syarat

Disclaimer: Akaun Simpanan CIMB/-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

CIMB Bank Berhad [197201001799] CIMB Islamic Bank Berhad [200401032872]

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular