Chacha Maembong Masih Berhubung Baik Dengan Bekas Abang Ipar, Hormati Keputusan Emma Bercerai

Shopee Sale


Pelakon Chacha Maembong, memlih untuk menghormati keputusan kakaknya, Emma Maembong yang memaklumkan sudah bercerai.

‘Kami hanya orang luar’

Ketika ditemui , Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail lebih mengutamakan kesihatan mental.

Ujarnya, dia yakin Emma membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

Walaupun kami adik beradik, bila sorang dah berkahwin itu adalah hal peribadinya. Kami ini hanya orang luar dalam keluarga mereka.

Ketika Emma maklumkan pada kami sudah bercerai, kami tidak rasa tertekan pun.

Pada saya, jika itu yang membuatkan dia gembira, teruskanlah.

Sebab mental kena jaga.

Chacha berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Hubungan masih rapat

Mengulas lanjut, Chacha menyatakan hubungan bersama bekas suami kakaknya, Shazlin masih baik sehingga kini.

Kalau kita ada perjumpaan keluarga ataupun birthday anak buah, Shazlin masih datang.

Kita sebagai keluarga kita kena sentiasa sokong mereka. Sebab kita tiada dalam situasi mereka, kita tidak tahu cerita sebenar.

Tambahnya, dia memandang Emma sebagai seorang wanita yang kuat dalam mengharungi ujian rumah tangga.

MENARIK:  UAI Perjelas Hukum Lelaki Pakai ‘Bearing’ Pada Kemaluan – ‘Bersyukurlah Dengan Apa Allah Berikan’

Kongsi perkembangan terkini, Chacha merupakan salah seorang barisan pelakon untuk drama bersiri ‘Langit Ke Tujuh’ yang bakal bersiaran di Tonton.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Nora Danish, Faezah Elai dan Farahdhiya.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular