Buruh Binaan Jadi Individu Pertama Di Terengganu Kena Sebat Sebab Khalwat

Shopee Sale


Foto: Astro Awani

Seorang buruh binaan menjadi individu pertama yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu atas kesalahan melakukan khalwat.

Hukum sebat di Terengganu

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh iaitu Mohd Affendi Awang, 42, yang mengaku bersalah telah dijatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selain dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Difahamkan, hukuman tersebut dikenakan ke atas tertuduh kerana melakukan kesalahan khalwat kali kedua.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama seorang wanita berusia 30-an di sebuah premis kosong yang sedang dalam proses ubahsuai di Jalan Penghiburan, Kemaman pada 25 Januari lalu.

MENARIK:  ‘Tiada Lagi Gelak Tawa Nek Kiah, Al-Fatihah’ – Tyzo

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular