‘Bukan Ismail Izzani’ – Wanita Dakwa Hamil Anak Selebriti ‘Ghaib’, Padam Akaun Selepas Minta Maaf

Shopee Sale


Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mengaku sedang hamil anak luar nikah kepada selebriti lelaki. Apa yang mengejutkan apabila dia mendakwa disuruh untuk menggugurkan kandungan kerana artis terbabit enggan bertanggungjawab.

Dah padam akaun

Susulan timbul pendedahan itu, penyanyi dan pelakon Ismail Izzani menjadi sasaran warganet. Ruang di Instagram telah diserbu dengan komen-komen netizen yang inginkan kebenaran.

Bagaimanapun, wanita terbabit tampil menepis spekulasi itu dengan menyatakan artis yang dimaksudkan bukan Ismail atau lebih mesra disapa dengan Mael.

Menerusi hantaran di TikTok, netizen meninggalkan komen ,’hint: Nobita’ yang merujuk kepada watak Mael dalam drama Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Susulan itu, wanita yang menggunakan nama @HatiBushuk lantas membalas, ‘Bukan Ismail Izzani.’

Berdasarkan pemerhatian , akaun terbabit telah dinyahaktif selepas wanita itu meminta maaf dan menyatakan perkara itu tidak benar.

MENARIK:  Linkin Park Adakan Konsert Tribute Buat Chester Bennington Di Malaysia September Ini

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular