Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Anna Jobling Dinobat Sebagai Individu Paling Berpengaruh Gempak Most Wanted Award 2023

Shopee Sale


Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA23) yang diadakan secara langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi.

Artike Berkaitan: Menang Dua Tahun Berturut-Turut, ‘Melur Untuk Firdaus 2’ Dinobat Anugerah Drama Tergempak Gempak Most Wanted Award 2023

Anna Jobling pemenang utama

GMWA23 tahun ini menyaksikan Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang utama GMWA23 selepas mendapat undian paling tertinggi daripada peminat.

Anna yang dinobatkan sebagai pemenang berjaya membawa pulang sebuah trofi kemenangan. Tahniah kepada Anna Jobling Ohbulan! ucapkan.

Sekadar info, anugerah Gempak Most Wanted Award telah dimenangi oleh pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad pada edisi yang lalu.

Selain itu, berikut senaraikan pemenang keseluruhan kategori yang dipertandingkan di GMWA23. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang!

1. Video Tergempak 2023 – ‘Kesian Girlfriend Lapar’
2. Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak 2023 – Amin & Abid Othman
3. Digital Content Creator (Motivator) Tergempak 2023 – Dr. Say Shazril
4. Drama Tergempak 2023 – Melur Untuk Firdaus 2
5. Anugerah Drama Rambut Tetap Boom – Anna Jobling
6. Lagu/Audio Tergempak 2023 – Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)
7. Gamer Tergempak 2023 – Pok Ro Gaming
8. Video Muzik Tergempak 2023 – Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali)
9. Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak – Rahman Chea –
10. Selebriti Digital Tergempak 2023 – Anna Jobling

MENARIK:  Ruhainies Ikhlas Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Sedia Bersemuka Untuk Jernihkan Keadaan – ‘Kita Boleh Tutup Buku’

Gempak Hall Of Fame

Bukan itu sahaja, GMWA23 turut menganugerahkan Anugerah Gempak Hall Of Fame kepada penyanyi dan komposer kelahiran Indonesia, Melly Goeslow di atas jasanya terhadap industri hiburan.

Bukan sahaja dikenali di Indonesia dan Malaysia, anugerah tersebut juga diberikan atas kejayaan beliau yang berjaya menghasilkan lagu-lagu malar segar yang menghiasa halwa telinga pendengar dan peminatnya.

Melly juga dipilih selepas kejayaannya yang berjaya menarik minat penyanyi hebat Malaysia seperti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Yusry Abdul Halim untuk menghasilkan lagu bersama.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular