‘Baik Punya Ah Long’ Ditayangkan Di Festival Eropah, Afdlin Shauki Terubat Kecewa – ‘Saya Down Sambutan Di Tanah Air Tak Memberangsangkan’

Shopee Sale


Pengarah filem Baik Punya Ah Long, Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa syukur apabila karyanya terpilih ke tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang bakal berlangsung pada hujung Januari.

Festival Eropah

Kata Afdlin, 53, dia menyifatkan kejayaan itu sebagai pengubat kekecewaanya apabila nashkah tersebut tidak menerima sambutan menggalakkan di tanah air.

Lebih membuatnya bangga apabila pengarah festival IFFR sendiri memilih filem itu untuk menyertai festival berkenaan.

Pengarah festival menghubungi pihak Astro meminta agar menghantar filem ke festival berkenaan dan salah satu filem yang dihantar ialah filem arahan saya.

Saya terharu apabila dimaklumkan yang filem ini dipilih untuk tayang perdana kerana mendapat respon positif daripada penganjur.

Secara jujur selepas Baik Punya Ah Long ditayangkan, saya agak ‘down’ disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan di tanah air.

Kami melalui proses yang sangat besar untuk menyiapkan filem ini, walaupun ia sebuah muzikal tetapi prosesnya sukar sama seperti menghasilkan filem aksi kerana membabitkan kareografi.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama terbitan Unifi TV berjudul Din Tiger yang berlangsung di Hyatt Place, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Genre muzikal

Tambah Afdlin, dia akur apabila penonton tempatan masih belum terbuka dengan karya bergenre muzikal.

Perasaan saya sama seperti pengarah filem Joker, harapan mereka tinggi untuk filem tersebut kerana mereka juga menghasilkan genre muzikal tapi kurang mendapat sambutan.

Sebenarnya agak menganggu kerana saya tertanya adakah saya dah tak boleh buat filem dan dah ketinggalan. Jadi apabila pengarah festival sendiri yang pilih filem  saya, ia sedikit sebanyak mengubat kekecewaan saya.

Berkongsi mengenai harapan, Afdlin berharap filem itu dapat diterima baik penonton di Eropah.

MENARIK:  Bekas Isteri Sam Bunkface Tidak Setuju Nafkah Anak Dikurangkan – ‘Maleeq Berbelanja RM15 Untuk Aiskrim & Toys’

Sekadar info, filem Baik Punya Ah Long yang membariskan Zizan Razak, Johan, Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi hanya berjaya meraih kutipan RM 2.15 juta.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular