Anggota Bomba Sabah Lolos Ujibakat Calpis Soda OIAM! Anggap Rezeki Arwah Anak – ‘Menyanyi Adalah Terapi Saya’

Shopee Sale


Seorang anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikenali sebagai Sadri Masrani, 32, berjaya melepasi saringan kedua bagi melayakkan diri ke peringkat 100 teratas ujibakat Calpis Soda One In A Million (OIAM) yang berlangsung di Sabah, pada Sabtu.

Rezeki arwah anak

Calpis Soda One In A Million

Mengakui meminati genre dangdut, anak kedua daripada tujuh adik-beradik itu berkata, dia mewarisi bakat menyanyi daripada ibunya.

Mungkin bakat saya ini diwarisi daripada Ibu sendiri. Ingin meneruskan jejak langkah ibu dalam muzik dan mahu membuktikan cinta serta dedikasi terhadap seni.

Bagi saya, semua lagu saya minat untuk dengar. Sebenarnya lebih kepada dangdut pada awal, tapi selepas dah dengar pelbagai lagu, saya pun mula untuk polish pelbagai genre.

Menyanyi adalah terapi untuk saya. Saya terlampau stress dan asyik memikirkan hari yang akan datang. Sebab itu saya join ujibakat OIAM.

Sadri sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun, anak keduanya sudah meninggal dunia pada 16 September 2023, selepas hanya tujuh hari melihat dunia. Manakala, anak sulungnya, seorang lelaki kini berusia empat tahun.

Kongsinya, dia terharu apabila dapat melayakkan diri ke peringkat 100 teratas dan menganggap itu merupakan rezeki buat arwah anaknya.

Bersyukur pada tuhan sebab saya datang dari jauh dan mengharapkan ‘tahniah’. Alhamdulillah, hari ini ada rezeki saya.

Saya gembira dan pada masa sama kelu tak terkata. Itu sahaja yang saya boleh kata. Mungkin rezeki selepas kehilangan ini kan.

Kata Sadri, seminggu selepas kehilangan anak, dia disahkan menghidap penyakit Psoriasis dek kerana terlalu tertekan akan pemergian cahaya matanya.

Ubah nasib keluarga

Calpis Soda One In A Million

Sadri yang sudah menjadi anggota bomba selama 14 tahun dan juga vokalis bagi kumpulan buskers JBPM Sabah berkata, besar harapannya untuk layak dalam OIAM kerana mahu mengubah nasib keluarga.

Harapan saya semestinya ingin mengubah nasib keluarga saya dan diri saya agar dapat menyenangkan mereka semua termasuk diri saya.

Difahamkan, Sadri pernah menyertai ujibakat lain seperti mentor tetapi tiada rezeki untuk mara ke peringkat seterusnya. 

MENARIK:  ‘Pengkritik Filem Berbayar Perosak Kepada Industri Perfileman’ – Ahmad Idham

Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Masih tidak terlambat bagi warga Sabah & Penang! Cepat-cepat hadir ke Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Penang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, 9 & 10 November ini!

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular