Ali Puteh Tak Perlu Bayar ‘Interest’, Hidayah Setuju Terima RM75,486

Shopee Sale


Balu kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah mengambil keputusan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus terhadap pelawak Ali Puteh dan hanya perlu membayar tuntutan saman sebanyak RM75,486 seperti mana yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

Ali tak perlu bayar ‘interest’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, peguam yang mewakili Hidayah iaitu Ibrahim tampil memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan dan budi bicara daripada balu kepada arwah Abam tersebut.

Namun, pihak Ali perlulah menyelesaikan pembayaran tersebut secepat yang mungkin.

Setelah membuat penjelasan dan berbincang, Hidayah mengatakan tiada masalah untuk menerima jumlah bayaran asal yang dibawa oleh Ali bernilai sebanyak RM75,486 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.

Asalkan pembayaran tersebut dibuat secepat yang mungkin dan saya harap Ali boleh berbuat demikian dalam masa seminggu yang mendatang.

Tambah Ibrahim, Ali boleh membuat pembayaran dengan cara hadir ke firma guaman miliknya atau terus memindah wang tersebut ke dalam akaun bank milik Hidayah.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Hidayah itu turut menjelaskan mengapa kadar faedah sebanyak empat peratus itu dikenakan ke atas Ali.

Sebenarnya dalam mana-mana penghakiman mahkamah, ada diperuntukkan oleh undang-undang bahawa individu yang mendapat pampasan berhak menuntut kaedah faedah sebanyak empat peratus.

Sepatutnya lima peratus tetapi untuk kes ini hanyalah sebanyak empat peratus.

Kadar faedah itu adalah bertujuan untuk menggalakkan individu yang berhutang membuat pembayaran secepat yang mungkin.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

Ali dan ahli keluarganya dilihat turut sebak ketika beramah mesra dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.

MENARIK:  [VIDEO] MUA Bellaz Belanja 500 ‘Rider’ Petrol Percuma – ‘Ada Yang Beritahu Saya, Lama Tak Merasa Isi Minyak ‘Full Tank’

Walau bagaimanapun, urusan tersebut dilihat masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu ahli kumpulan Puteh itu melakukan pembayaran tuntutan saman melalui peguamnya.

Hidayah kemudiannya tampil menjelaskan tindakan pihaknya menolak penyerahan wang dibuat Ali sewaktu hadir ke rumahnya adalah atas faktor keselamatan.

Sekadar info, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular