Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Hidayah RM75,000 – ‘Kalau Ada Perkara Berbangkit, Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan’

Shopee Sale


Adik kepada Allahyarham Abam iaitu Ali Puteh akhirnya telah melangsaikan hutang berjumlah RM75,000 kepada bekas kakak iparnya, pada petang Selasa.

Selesai hutang RM75k

Menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik di Instagram Hidayah, memaparkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, datang ke rumahnya untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka. Difahamkan, jumlah hutang yang diserahkan kepada Hidayah adalah RM75,486.48 termasuk faedah.

Sementara itu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok Ali Puteh, dia telah tampil dengan surat akuan menyatakan dia sudah melangsaikan hutangnya kepada Hidayah selain berharap agar selepas ini tiada lagi dakwaan yang mengaibkan dirinya dan keluarga di mana-mana platform media sosial.

Benda mudah. Yang berhutang saya, saya datang sendiri untuk bayar. Itu sahaja.

Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi video tersebut, Ali dan Hidayah masing-masing telah menandatangani surat akuan tersebut.

Terdahulu, Ali terpaksa menjual beberapa barangan miliknya termasuk sebuah kereta jenis Honda Accord, motosikal jenis RXZ, barangan peribadi seperti trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah disertai sebelum ini dan  banyak lagi bertujuan untuk mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.

MENARIK:  [VIDEO] Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan Hampir Dua Tahun

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular