‘Alhamdulillah, Thank God Semua Berjalan Lancar…Tak Rasa Nak Pengsan’ – Maya Karin

Shopee Sale


Pelakon Maya Karin meluahkan rasa syukur kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawab sebagai penyampai anugerah sebuah acara, baru-baru ini.

Semua berjalan lancar

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke berasa lega apabila dapat menjalankan tugas tersebut dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Alhamdulillah. Thank God semalam semua berjalan lancar dekat Anugerah Gempak. Tak ada rasa nak menggigil, nak pengsan ke apa. Tak ada juga nak buka kasut dan sebagainya.

Walaupun sebenarnya saya terlajak tidur sebab penat sangat. Dari Singapura terus ke Putrajaya. Tapi semuanya berjalan lancar.

Pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ itu turut berkongsi momen dia menyampaikan anugerah tersebut bersama rakan selebriti, Rozita Che Wan.

Terdahulu, pada tahun 2022, Maya Karin mendedahkan dirinya diserang ‘panic attack’ ketika ingin menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM).

MENARIK:  Radin Terpaksa Tangguh Kahwin, Kekasih Sakit Slipped Disc – ‘Sepatutnya 11.11 Tahun Lalu, Tinggal Hantar Jemputan Sahaja’

Lebih teruk, Maya kelihatan menggigil dan hampir pitam sewaktu membacakan skrip.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular