Debaran kian terasa, berbaki hanya beberapa jam sahaja lagi, para peserta bakal berentap di pentas akhir malam berprestij Anugerah Juara Lagu.
Kugiran Masdo tak sihat
Di sebalik debaran AJL, ahli kumpulan Kugiran Masdo kini sedang bertarung dengan masalah kesihatan apabila mereka mengalami demam menjelang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), pada Ahad.
Ketika ditemui , Putut Ceri atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie berharap dan berdoa agar mereka semua diberi kesembuhan agar dapat memberikan persembahan terbaik pada malam AJL..
Sebelum kami bergerak ke United Kingdom kami dah buat persediaan sebaiknya tetapi keadaan sekarang kami tidak sihat, mungkin sebab faktor cuaca.
Difahamkan juga, Ali atau pemilik nama Aliff Fahmi Bahtiar iaitu selaku vokalis Kugiran Masdo turut diserang demam, selesema selain mengalami masalah hilang suara.
Malam nanti punyai tekanan lagi berbeza dan luar biasa, jadi kami perlu sihat supaya kami dapat persembahkan apa yang dirancang. Tapi apa yang saya bersyukur sangat adalah saya masih lagi mampu bersuara.
Dalam pada itu, meskipun kesihatan mereka tidak berada dalam keadaan baik namun itu bukanlah satu halangan yang membuatkan Kugiran Masdo hilang semangat dalam pertempuran di pentas AJL
Anugerah Juara Lagu 38 bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton. Anugerah berprestij itu dikhas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah , XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.