#AJL38: Sherry Alhadad Tidak Keseorangan! Bakal Bergandingan Dengan Alif Satar Kemudi AJL

Shopee Sale


Tidak beraksi solo, pengacara Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) iaitu Sherry Alhadad bakal digandingkan dengan Alif Satar bagi menjayakan anugerah berprestij tersebut pada malam ini. Wow!

Teka teki terjawab

Menerusi Instagram TV3, bayangan mengenai siapakah yang bakal bergandingan dengan Sherry telah pun diberikan. Ternyata, netizen membuat tekaan yang tepat apabila mereka menyebut nama Alif Satar di ruangan komen.

Terdahulu, Sherry memberitahu dia akan ditemani seseorang, namun enggan mendedahkan siapakah individu yang bakal bergandingan dengannya pada malam itu.

Saya tak boleh nak dedahkan siapakah gerangan individu ini. Kalau nak tahu, kenalah tunggu malam esok.

Nama pun AJL paling ikonik, kenalah ada kejutan. Tak kisahlah siapapun pengacaranya, kerana apa yang penting, acara ini dapat mengangkat komposer, penulis lirik dan penyanyi.

Selain Sherry dan Alif, dua lagi personaliti terpilih adalah Fiza Frizzy dan Fizi Ali yang ditugaskan untuk mengendalikan acara permaidani merah.

AJL38 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Alami dunia Muzikaverse di AJL38 malam ini juga di TV3 dan strim melalui Tonton.

MENARIK:  Isu Royalti Album Rockology Search: Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Rompak’

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah , XTRA dan Seismik sebagai rakan digital serta Hot FM sebagai rakan radio.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular