#AJL38: Miliki 20 Tahun Pengalaman, Genervie Kam Tak Gentar Dilantik Sebagai Pengarah Muzik

Shopee Sale


Isteri kepada penyanyi Hazama iaitu Genervie Kam buat pertama kalinya dilantik sebagai pengarah muzik untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel berkaitan: ‘Tiub Fallopio Kiri Isteri Perlu Dibuang’- Hazama Redha Belum Ada Rezeki Memiliki Cahaya Mata

Artikel berkaitan: ‘Tarikh Ini Saya Putuskan Untuk Tinggal Di Hati Awak’- Sambut Anniversary Pertama, Ini Ucapan Sweet Hazama Kepada Isteri Tercinta

Tidak berdepan masalah

Menurut Genervie, meskipun pertama kali memikul tanggungjawab besar ini namun dia mengakui tidak berdepan sebarang kesukaran memandangkan dia sudah memiliki pengalaman lebih 20 tahun ketika berada di bawah pimpinan maestro muzik, Datuk Ramli MS.

Saya sudah bersama AJL lebih 20 tahun. Sebelum ini, saya banyak bekerja di bawah Ramli yang sememangnya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

Dengan pengalaman yang ada banyak membantu persiapan AJL 38. Kalau ada masalah saya juga selalu rujuk kepada Ramli untuk mendapatkan nasihat.

Setakat ini, segala persiapan berjalan dengan lancar. Daripada segi teknikal hanya ada beberapa hal kecil yang perlu ditambah baik.

Kali ini seramai 50 pemuzik akan bersama dengan saya. Mereka berada dalam keadaan baik, malah ada antaranya pernah terbabit dengan AJL sebelum ini.

Tak kisah dibandingkan

Disoal sama ada dia bersedia untuk dibandingkan dengan Ramli yang lebih berpengalaman, dia terbuka untuk menerima sebarang kritikan.

Mesti akan ada yang membandingkan saya dengan Ramli. Tapi, saya positif dan terbuka dengan sebarang kritikan.

Saya anggap Ramli sebagai ‘sifu’ dalam muzik dan banyak belajar daripada beliau. Ramli juga ada menitipkan pesanan supaya saya memberikan yang terbaik.

Beri peluang muka baharu

Selain itu, penerbit AJL38 iaitu Shahrizan Razalli berkata, pemilihan Genervie sebagai pengarah muzik bertujuan memberi peluang kepada muka baharu.

Secara umum, ini bukanlah kali pertama Genervie terbabit dalam AJL. Sebelum ini, Genervie selalu bersama Ramli.

Jadi, saya rasa kenapa kita tidak beri peluang kepada muka baharu untuk ketuai bahagian muzik pada AJL kali ini.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Go To Jail’ – Netizen Berdekah Gelak Tengok Gelagat Isaac Raees Bila Dapat Tahu Daddy Makan Coklat Ball

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular