#AJL38: ‘Dia Sangat Konsisten Daripada Awal Sehingga Habis’ – Ketua Juri Jelaskan Sebab Aina Abdul Menang Vokal Terbaik

Shopee Sale


Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38), Datuk Mokhzani Ismail menyatakan kawalan suara dan konsistensi yang baik pada persembahan Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu melayakkan dia memenangi Vokal Terbaik.

‘Aina konsisten’

Aina Abdul

Ketika ditemui , Mokhzani menyifatkan Aina sebagai seorang penyanyi yang bijak apabila dia berjaya menyesuaikan vokalnya dalam lagu tersebut yang telah digubah oleh komposer terkenal, Mac Chew.

Malah, Mokhzani memuji persembahan Aina yang dikatakan lebih baik berbanding versi asal lagu tersebut.

Aina mengkaji gubahan lagu tersebut, kerana dilihat vokal dalam lagu asal dan persembahan langsung berbeza. Kelebihan ada pada Aina, dia sangat konsisten daripada awal lagu sehingga habis. Dia mempunyai tenaga yang konsisten.

Jangan Mati Rasa Itu digubah dengan bijak oleh Mac Chew dan Aina tahu bagaimana untuk menyesuaikan dengan gubahan itu. Malah apa yang dipersembahkan Aina pada malam tadi lebih baik daripada vokal dalam album. Konsistensi yang membawa Aina melebihi daripada penyanyi lain.

Mokhzani berkata demikian ketika sesi sidang media AJL 38 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

Dalam pada itu, Mokhzani memberi teguran kepada beberapa penyanyi yang mengubah lagu mereka sehingga hilang keaslian dan disfatkan sebagai melebih atau ‘overdo’.

Saya ingin beri teguran kepada pengubahan yang ‘overdo’ disebabkan ingin tampilkan kelainan. Ada yang buat gubahan terlalu advanced sehingga hilang keaslian melodi lagu tersebut.

Juri mengharap tidak berlaku perubahan yang ketara. Sesetengah penyanyi menyanyi bagus tetapi terlalu overdo. Tidak konsisten.

Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.

MENARIK:  Syasya Rizal Menangis Tonton MV Lagu Baharu Dolla Berjudul ‘Here4U’ – ‘Sepatutnya Kami Nyanyi Berempat’

Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.

Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular