Afieq Shazwan Ganti Jamal Abdillah, FMC Hormat Keputusan Tarik Diri

Shopee Sale


Susulan penarikan diri penyanyi hebat, Datuk Jamal Abdillah daripada pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu duet bersama penyanyi, Wany Hasrita iaitu Kucuma, syarikat rakaman lagu tersebut iaitu FMC Music tampil memberikan penjelasan.

Afieq Shazwan isi kekosongan

Berdasarkan kenyataan yang dihantar kepada , FMC Music mengesahkan penarikan diri penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘Raja Pop’ itu daripada membuat persembahan di pentas AJL38 nanti.

Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, keputusan itu juga turut mendapat persetujuan daripada pihak penerbitan anugerah berprestij tersebut.

Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

Sebelum itu Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu.

Dalam pada itu, FMC Music juga memaklumkan bahawa penyanyi berusia 65 tahun tersebut bakal digantikan dengan penyanyi muda berbakat iaitu Afieq Shazwan setelah mendapat persetujuan dengan pencipta lagu, Ezra Kong.

Setelah berbincang dengan Ezra Kong selaku pencipta lagu, FMC Music telah bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti kepada Datuk Jamal untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir AJL nanti.

Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita.

Terdahulu, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali mengumumkan penarikan dirinya daripada bertandingan di pentas akhir AJL38.

MENARIK:  [VIDEO] Tergempar! Billboard Serum Eucerin SOS Mengejutkan Orang Ramai Di Kuala Lumpur!

Menurut pelantun lagu ‘Penghujung Rindu’ itu, dia terpaksa menarik diri kerana sudah terikat dengan komitmen kerja lain yang sudah dipersetujui terlebih awal.

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular