Adira Suhaimi ‘No Komen’ Isu Madu Muat Naik Gambar Di Mahkamah

Shopee Sale


Penyanyi, Adira Suhaimi mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai tindakan madunya yang dikenali sebagai Datin Red yang memuat naik foto di hadapan sebuah mahkamah, baru-baru ini.

‘No komen’

Adira Suhaimi

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 31, dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung isu tersebut.

No komen, saya tiada sebarang komen mengenai perkara itu.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Nora Danish dan Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim memuat naik foto memperlihatkan dia berada di sebuah mahkamah syariah sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut, dia turut berkongsi nukilan bahasa Arab yang membawa maksud meminta agar dirinya menyerahkan segala urusan kepada Allah.

Sebelum ini, Adira menyatakan dia nekad untuk berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Red atau Datuk Adnan Abu. Menurut pelantun lagu Ombak Rindu itu, dia tidak melihat sebarang usaha mahupun jalan lain selain daripada bercerai.

Adira telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 25 Oktober 2023. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

MENARIK:  ‘Bila Minta Bersama, Awak Tolak..Dah Macam Mengemis! Satu Je Abang Nak Pesan, Jangan Sampai Awak Bermadu’

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia 2 tahun

khabarkini
khabarkinihttps://khabarkini.com
Berita terkini, hiburan dan trending di Malaysia.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular