Yusuf Islam kongsi pengalaman di kuliah Madani

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Yusuf Islam, penulis lagu dan penyanyi British yang pernah dikenali sebagai Cat Stevens, kerana berkongsi pengalamannya di kuliah Madani yang diadakan di Seri Perdana.

Dalam catatan Facebook pagi ini, Anwar berkata penyanyi berusia 75 tahun itu, menghadapi pelbagai prasangka dan prejudis dalam berdakwah.

Namun, katanya, Yusuf tetap menonjolkan sisi nilai keadilan, ihsan dan kesederhanaan yang menjadi inti kepada ajaran Islam.

"Perkongsian Yusuf memberi inspirasi khususnya bagaimana beliau menyampaikan mesej Islam yang sarat dengan nilai keadilan dalam iklim jamak budaya dan agama," katanya.

"Semoga saudara Yusuf dapat kembali lagi ke Malaysia terutamanya dalam konteks kesenian dan dakwah," tambahnya.

Dalam program hari ini, penyanyi yang telah menjual lebih daripada 100 juta rekod itu menyingkap pengalamannya meneroka keindahan dalam Islam serta mencari ketenangan dan bimbingan dalam Al-Quran.

Yusuf, yang telah diangkat dalam Rock and Roll Hall of Fame pada 2014, kembali bermain muzik pada 2006.

MENARIK:  Kecoh di masjid: Warga emas diarah jalani pemantauan psikiatri

Selain Yusuf, kuliah Madani turut menampilkan ulama kelahiran Gambia, Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular