Waspada ‘jarum beracun’ liberalisme, sekularisme – khutbah Jakim

Shopee Sale

Khutbah Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini memberi amaran kepada umat Islam supaya berwaspada berdepan beberapa ideologi Barat.

Mimbar menamakan secara khusus terhadap fahaman pluralisme, liberalisme, sekularisme dan hedonisme.

Katanya, fahaman itu semakin berkembang ke seluruh pelusuk dunia melalui “jarum-jarum halus beracun yang dimasukkan perlahan-lahan” dalam urusan kehidupan manusia.

“Perkembangan ideologi dan fahaman Barat ini begitu meresahkan kerana kita dapat melihat perubahan yang sangat ketara terhadap cara hidup masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini terutamanya yang telah pun diracuni sedikit demi sedikit dengan fahaman fahaman ini. 

“Serangan ideologi ini juga telah menyebabkan manusia semakin ketandusan akhlak mulia dan nilai-nilai pekerti sama ada terhadap ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan rakan dan masyarakat umumnya,” katanya.

Menurut khutbah, faham itu menyerap dalam pelbagai medium seperti drama, filem, media sosial, sukan dan lagu.

“Ada sebahagian filem dan karya seni pula yang dihasilkan pada hari ini semakin berani menyinggung kesucian Islam dan mempersendakan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW,” katanya.

MENARIK:  PM: Hubungan k'jaan persekutuan, Kelantan makin akrab

Khutbah bagaimanapun tidak menyatakan nama filem itu secara khusus.

“Ia nampak kecil pada zahirnya atas alasan sekadar hiburan namun hakikatnya ia memakan kesan yang sangat besar terhadap pemikiran dan cara hidup masyarakat terutamanya pada golongan muda.”

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular