Wanita maut jatuh dari kondo, disyaki ditolak teman lelaki

Shopee Sale

Seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di Shah Alam malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.02 malam dan menurut saksi kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berumur 37 tahun dengan wanita itu sebelum ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium terbabit.

Mohd Iqbal berkata siasatan mendapati mangsa ialah wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja.

"Suspek iaitu lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam.

"Hasil semakan mendapati pemandu lori itu mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Kamaruddin melalui talian 012-2666025.

MENARIK:  Kes tembak isteri: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 11 Ogos

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular