Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung di kipas

Shopee Sale

Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan tergantung di kipas dalam sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua orang kanak-kanak yang ditemukan mati di sebuah taman perumahan di kawasan itu pada 9.25 malam tadi.

Beliau berkata polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya mendapati wanita berumur 34 tahun itu dan dua anaknya berumur enam dan tiga tahun, mati tergantung di kipas di dalam rumah berkenaan.

“Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bezah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Malik berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai kemudiannya telah menahan suami wanita berkenaan pada pukul 1 pagi tadi, dan dan lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENARIK:  PSM terkejut Zuraida dakwa Guan Eng tolak peruntukan 5 estet

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular