Wakaf Mara Madani: Asyraf optimis sasaran kumpul RM1 bilion

Shopee Sale

Tabung Wakaf Mara Madani akan dimanfaatkan untuk memperkasa agenda bumiputera terutamanya pendidikan orang Melayu dengan menawarkan pendidikan berkualiti dan percuma, pembangunan usahawan serta aspek-aspek lain yang berkaitan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau optimis sasaran RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu dicapai.

“Alumni Mara dah lebih 2.5 juta orang yang boleh kita gemblengkan untuk mereka memberikan dan memulangkan semula sumbangan ini dalam bentuk wakaf dan ia boleh dimanfaatkan untuk generasi akan datang.

“Alumni kami dari Maktab Rendah Sains Mara hingga ke peringkat Universiti Teknologi Mara dan mereka ini sudah jadi orang berada dalam pelbagai sektor profesional korporat dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Putrajaya hari ini.

Anwar semasa berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, mengumumkan penubuhan Tabung Wakaf Mara Madani dengan geran peluncuran berjumlah RM100 juta dan menyasarkan dana terkumpul berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

Menurut Perdana Menteri sistem wakaf itu akan diterajui Mara dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Mara, selari dengan hasrat penubuhan agensi berkenaan.

Asyraf Wajdi berkata Mara menjangkakan kertas konsep penubuhan tabung itu dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan ini.

Sementara itu, beliau berkata kesudian Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menjadi penaung kepada Tabung Wakaf Mara Madani akan menambah kredibiliti penubuhan tabung itu serta menjadi cerminan agenda pemerkasaan bumiputera.

“Kita rasa bertuah kerana Yang di-Pertuan Agong sendiri sebagai ketua agama (menjadi penaung) dan wakaf ini merupakan instrumen ekonomi yang terkait dalam bidang kuasa raja-raja Melayu yang menjadi tunjang dan tonggak kepada agama Islam.

MENARIK:  K’jaan tiada cadangan wujud talian tangani isu hina agama selain Islam

“Sudah tentu Yang di-Pertuan Agong selaku penaung, kita akan memastikan sistem dan urus tadbirnya (tabung wakaf) akan berada pada tahap terbaik dan (kita) akan memberi laporan dari semasa ke semasa kepada Seri Paduka Baginda,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular