ULASAN l Cadangan semakan Artikel 153 ‘adil dan munasabah’

Shopee Sale

ULASAN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan tangkas merungkai dan menepis cadangan ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim supaya Artikel 153 mengenai hak keistimewaan dikaji semula.

Hassan bukannya mencadangkan peruntukan itu tidak lagi diperlukan atau dibubarkan. Semakan bermaksud dia mahu kerajaan melihat secara kritis dan menilai kesan ke atas dasar-dasar yang terhasil daripada Artikel tersebut.

Saranan Hassan adalah adil dan munasabah.

Hassan Karim

Kebanyakan rakyat Malaysia yang boleh berfikir akan mahukan wacana itu menjadi kenyataan. Ini adalah sesuatu yang sepatutnya kita lakukan sejak dahulu lagi memandangkan “hak keistimewaan” memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi tetapi membantutkan pertumbuhan negara dalam semua bidang kehidupan di negara muda ini.

Ia adalah peruntukan Perlembagaan yang unik yang tidak ditemui di tempat lain di dunia.

Ia unik kerana ini adalah satu-satunya negara yang penduduk majoriti diberikan hak keistimewaan dan layanan istimewa berbanding kaum minoriti. Di tempat lain, ia adalah sebaliknya.

Apabila keistimewaan diberikan, akan wujud beberapa unsur diskriminasi. Bagaimana ini membantu jika kita tidak bercakap tentang isu tersebut?

Kita boleh melihat niat atau tujuan Artikel 153 dengan cara yang berbeza. Ada yang akan melihat peruntukan itu sebagai satu lagi "dasar afirmatif" yang membolehkan kerajaan memberi lebih banyak bantuan kepada penduduk bumiputera, lesen perniagaan dan lebih banyak tempat dalam pendidikan serta peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak.

Mereka yang berpegang pada pandangan ini tidak akan kisah pada jangkaan saya jika dasar itu dinilai secara terbuka dan telus. Dasar yang memenuhi keperluan kumpulan yang kurang bernasib baik perlu dinamik dan tertakluk kepada semakan.

Lagipun, secara empirikal, kita boleh menentukan melalui data jika memang kaum bumiputera telah mencapai persamaan dengan bukan Melayu. Atau dalam sektor mana yang mereka masih ketinggalan.

Jika seseorang mengambil pandangan seumpama ini mengenai Artikel 153, maka tidak ada hasutan atau memudaratkan untuk membincangkan perkara itu. Pendekatan sebegini akan membawa keharmonian kepada pelbagai golongan di negara ini, kerana tiada permusuhan akan terhasil daripada wacana tersebut.

Ia sesuatu yang menyihatkan perpaduan negara kerana rakyat dapat melihat kerjasama mereka ke arah pembinaan negara dipertingkatkan.

Jika, sebaliknya, Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu berbanding kumpulan lain (dasar ketuanan Melayu), maka wajarlah ada pemimpin Melayu tidak mahu Artikel 153 diperkatakan. Tiada apa-apa yang perlu dirundingkan, dinilai atau dibincangkan, sama ada dalam bidang pendidikan, ekonomi, undang-undang atau isu sosial

Artikel 153 bukan sahaja mengenai orang Melayu dan kaum-kaum lain. Ia juga adalah tentang Melayu dengan Melayu lain. Pandangan yang tidak diteliti dan diputarbelitkan telah menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki kepada sektor bumiputera, yang kurang "istimewa berbanding yang lain."

MENARIK:  SPCAAM: Akaun fleksibel KWSP akan jejaskan pencarum lepas bersara

Adalah jelas demi kepentingan masyarakat Melayu yang lebih luas. Artikel 153 perlu difahami dengan secukupnya

Kesan akibat keengganan bercakap tentang subjek itu telah mempolarisasi rakyat negara ini. Impak undang-undang hasutan menyebabkan rakyat ketakutan, sekali gus menjadikan mereka tidak berkongsi pemahaman dan penerimaan tentang apa yang dimaksudkan oleh Artikel 153.

Selepas 67 tahun merdeka, ketakutan untuk bercakap tentang Artikel 153 telah membawa negara kita ke tahap yang rendah. Bukan sahaja ringgit berada pada tahap yang sangat rendah, tetapi begitu juga dengan semangat kita.

Sebagai rakyat, kita tidak kekurangan keberanian tetapi mengapa menganggap Artikel 153 sebagai gajah di dalam bilik yang tiada siapa mahu bincangkan? Ini menimbulkan ketakutan dan ketidakpercayaan yang mendalam di kalangan rakyat yang menghuni di sini walaupun terdapat bukti yang jelas bahawa dari segi sejarah, kita telah hidup bersama secara harmoni selama beberapa generasi.

Artikel 153 boleh menjadi sumber kekuatan dan juga kelemahan yang boleh memusnahkan kita. Kita mesti berani dan sedia berbincang antara satu sama lain mengenainya. Kita juga boleh mengambil jalan mudah dan menolak isu itu di bawah permaidani seperti yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun.

Tetapi ingat, negara yang takut akan dirinya sendiri akan sentiasa menjadi “biasa-biasa” sahaja; negara itu tidak akan berkembang dan maju. Ia tidak akan menjadi hebat. Ia hanya berpuas hati dengan naratif palsu yang dibawa oleh para pemimpin untuk kepentingan mereka.


ZAID IBRAHIM ialah bekas menteri undang-undang.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular