Tiong: KP Tourism M’sia turun pangkat sebab tak boleh buat kerja

Shopee Sale

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing berkata Ammar Abd Ghapar dilucutkan daripada jawatan ketua pengarah Tourism Malaysia kerana gagal berkhidmat dengan berkesan.

Menurut Tiong, Ammar sudah diberikan banyak peluang namun gagal mencapai tahap prestasi yang diharapkan.

"Saya memang sudah bagi banyak kali peluang dan nasihat...(kata) buat terbaik untuk negara kita. Tapi Saya tak tahu (jika) dia tiada idea atau tidak tahu macam nak buat (jalankan tugas).

"Kalau anda tak boleh perform memang saya akan tukar. Saya tidak pecat (Ammar), saya turunkan pangkat dia saja," kata Tiong ketika ditemui ketika program Hari Kraf Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tiong berkata dia memberikan peluang kepada Ammar sebelum ini kerana dia memiliki ijazah doktor falsafah (PHD) dalam bidang pelancongan namun khidmat yang diberikannnya tidak setara dengan kelulusan itu.

Dia juga berkata Ammar bukanlah pilihan utama untuk memegang jawatan itu bagi menggantikan ketua pengarah sebelumnya, Zainuddin Abdul Wahab yang bersara wajib pada April lalu.

Ammar Abd Ghapar

Semalam, Ammar mengesahkan menerima surat daripada Tion yang memaklumkan khidmatnya sebagai ketua pengarah Tourism Malaysia ditamatkan bermula Isnin ini.

Bercakap kepada portal Malay Mail, dia menyuarakan kekecewaannya dengan apa yang berlaku setelah berada dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun.

"Dipindah ke mana, pegang jawatan apa, gred apa, Ia tidak nyatakan apa-apa lagi...saya berasa sangat kecewa dan sedih," katanya seperti dipetik.

Mengulas lanjut, Tiong mendakwa Ammar antara lain gagal menarik kemasukan pelancong asing, antaranya dari China, ke Malaysia seperti yang disasarkan.

MENARIK:  Petugas MBMB didakwa terima rasuah RM2,700

"Dia tak boleh merancang...dia tak berhubung dengan negara luar (untuk tarik pelancong). Siapa boleh (buat kerja) saya beri (jawatan), yang tak boleh, turunlah.

"Kita baru terima (kemasukan) 1.6 juta (pelancong dari China) pun saya yang beri promosi...Saya minta dia follow up, tapi dia tak buat," dakwanya, sambil menambah tiada sebab untuk Malaysia ketinggalan dengan Thailand dalam usaha menarik pelancong dari negara itu.

Susulan pelucutan jawatan Ammar, Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) menyatakan rasa terkejut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang serius.

Presiden KPPLPPM Alwi Shakir Abdullah ini kerana tarikh surat dikeluarkan dan tarikh ia berkuat kuasa amat singkat dan mengundang tanggapan negatif kepada pihak terlibat.

Dia juga menggesa Tribunal Penjawat Awam diwujudkan semula sebagai platform untuk kakitangan awam mendapat pembelaan jika wujud sebarang pertikaian membabitkan tugas mereka.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular