Tiada usul tak percaya pada PM minggu depan

Shopee Sale

Tiada anggota parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam persidangan akan datang.

Pada Disember dan Januari lalu terdapat spekulasi hangat berkaitan usaha pembangkang untuk menjatuhkan Anwar melalui usaha yang dinamakan Langkah Dubai.

Speaker Dewan Negara Johari Abdul semasa sesi taklimat dengan media hari ini mendedahkan ketiadaan usul itu.

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada Isnin minggu depan bermula dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Johari Abdul

Disember lalu, pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) didakwa mengadakan perbincangan dengan anggota parlimen pembangkang untuk komplot menukar kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu berlaku, walaupun beberapa pemimpin PN menafikannya.

Kerajaan sekarang disokong oleh 147 anggota parlimen, kurang satu untuk membentuk majoriti dua pertiga.

Selain itu enam anggota parlimen Bersatu juga mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar walaupun ia belum teruji melalui undi blok di parlimen.

MENARIK:  Wanita maut dikelar suami

Pada Disember 2022, Anwar berjaya dalam undi percaya terhadapnya.

Ia diluluskan melalui undian suara, apabila pembangkang tidak menuntut undian blok.

[Baca berita asal]

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular