Tiada lagi tolak ansur, selesaikan ‘perang politik’ di luar – Speaker

Shopee Sale

PARLIMEN l Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memberi amaran kepada ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang supaya meninggalkan pertelagahan politik mereka di luar dewan.

Dalam ucapannya semasa persidangan hari ini, Johari berkata dia dan timbalan-timbalannya tidak akan bertolak ansur dengan ahli Parlimen mempergunakan Dewan Rakyat sebagai gelanggang untuk menghentam musuh politik mereka.

“Masalah-masalah yang berlaku di luar Dewan (Rakyat) sama ada peperanangan yang berlaku antara parti dengan  parti, atau apa-apa juga melalui media sosial, selesaikanlah di luar dan jangan mengheret semua itu ke dalam Dewan (Rakyat).

“Mana-mana YB (ahli parlimen) menggunakan platform ini untuk tujuan mengenakan kawan-kawan, kita akan pastikan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Johari juga mengingatkan ahli Parlimen bahawa mereka telah melafazkan ikrar Rukun Negara di Dewan Rakyat lebih awal hari ini dan oleh itu perlu berusaha untuk mencapai prinsip-prinsip tersebut.

Menurut speaker, ahli Parlimen mesti menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat yang mengikuti persidangan Parlimen melalui pelbagai platform.

“Ahli YB hendaklah sentiasa mempamerkan kematanagn semasa berucap, atau berbahas, termasuk menjaga kesopanan dan kesusilaan seperti yang telah kita ikrarkan tadi.

MENARIK:  Tindakan tegas jika gangguan air berulang - MB Johor

“Saya dan timbalan-timbalan saya akan tegas bahawa kami tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mengambil tindakan sekiranya ahli-ahli YB tidak mematuhi peraturan mesyuarat,” katanya.

Qistina Eryna
Qistina Erynahttps://khabarkini.com
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Artikel Berkaitan

IKLAN PORTALShopee SaleShopee Sale

Facebook

Facebook KhabarKini

Paling Popular